Nasi

Resepi Nasi Minyak Dengan Kurma Ayam

resepi-nasi-minyak-dengan-kurma-ayam

Resepi Nasi Minyak Dengan Kurma Ayam

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 15-20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair/sejat
  • 4-5 pcs bunga lawang
  • Sedikit daun kari (takde pun takpe)
  • 1 biji bawang besar hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih hiris nipis
  • Sebesar ibu jari halia hiris nipis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 helai daun pandan simpul (takde pun takpe) saya buh daun kari bagi wangi
  • 2 sudu besar puree tomato (tak letak pun takpe)
  • Sedikit kismis
  • 1 senduk minyak sapi (boleh gantikan dengan marjerin kalo suka)
  • 1 senduk minyak masak

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia nak 2

(kisar semua bahan ini dengan sedikit air jangan banyak tau)

Cara Memasak:

1. Didihkan air dalam rice cooker, sambil-sambil tu siapkan bahan tumisan. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali, tumis 4 sekawan (saya buh bunga lawang je, daun kari dan bahan-bahan yang dihiris nipis.

2. Bila dah hampir garing, masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak, masukkan susu cair, daun pandan, garam. Bila dah mendidih ganas, tutup api.

3. Toskan beras, masukkan beras dalam periuk nasi yang kita dah didihkan air tadi. Masukkan pula bahan tumisan, masak macam biasa. Bila air dah kering masukkan kismis, biar betul-betul masak dan nasi kering baru kacau.

Tips: Bila button naik ke atas biarkan jap dalam 10 minit baru boleh kacau nasi.

Resepi Nasi Minyak Dengan Kurma Ayam

Resepi Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • 5 bj kentang (potong ikut suka)
  • 2 biji tomato (potong ikut suka)
  • 3 cwn santan daripada 1 biji kelapa parut
  • 10 biji cili padi (hiasan)
  • 2 pcs cili merah potong serong (hiasan)
  • 3 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 pcs bunga lawang
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebesar ibu jari halia (hiris)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (tak letak pun takpe)
Cuba Resepi Ni:  Nasi Kuning dengan Ayam Goreng Bumbu Kuning

Bahan Pes: (Satukan semua ini)

  • 6 sudu besar rempah kurma (saya guna brand ADABI)
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu teh bahan perasa
  • 1 1/2 pcs asam keping
  • 3 tangkai daun kari (amik daun jer)
  • 3 sudu besar kelapa parut (yang ditumbuk sedikit) tak mo letak pun no problem
  • 1 cawan air

(Kacau semua bahan ini, jadikan pes)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kayu manis, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau. Masukkan pes kurma dan serbuk lada hitam, tumis hingga betul-betul naik minyak.

2. Masukkan ayam dan kentang, gaul sebati dan masukkan santan. Bila dah mendidih, kacau-kacau sikit dan bila dah mendidih ganas serta ayam dan kentang pun dah lembut, masukkan tomato dan cili padi/cili merah. Sesuaikan rasa, siap.

Resepi Nasi Minyak Dengan Kurma Ayam
Resepi Nasi Minyak Dengan Kurma Ayam

Resepi Oleh: Mariana Zainal