Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Keladi Lemak Manis

resepi-kuih-talam-keladi-lemak-manis

Resepi Kuih Talam Keladi Lemak Manis

Alhamdulillah.. hilang dah teringin nak makan “TALAM KELADI”. Dulu masa selalu dok buat juai langsung tak teringin, sapa dah pernah cuba buat?. Saya tepek semula resipi yang dulu-dulu besa saya dok share.

Bahagian Bawah A:

  • 230g tepung beras (resipi dulu 220g saya tambah sikit kali ni)
  • 40g tepung ubi
  • 2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 900ml santan sederhana pekat (saya kisar 1/2 biji kelapa parut dan amik santannya)

Bahan B:

  • 300g ubi keladi (buang kulit, dadukan dan timbang. Pastu basuh bersih-bersih dan kukus 10 minit)

Cara Membuatnya:

1. Masak air kukusan hingga air mendidih. Sapu minyak dalam loyang dan lapik plastik.

2. Satukan bahan (A) dalam periuk kacau sebati hingga tepung larut dalam santan. Masak atas api (guna api sederhana perlahan yer) sentiasa kacau guna whisk.

3. Kacau hingga naik wap dan apabila mula memekat terus tutup api. Masukkan ubi keladi (Bahan B dalam adunan) dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang dan kukus 30 minit. Sambil-sambil tu siapkan bahagian atasnya.

Bahan Bahagian Atas C:

  • 140g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 150g gula pasir (asal 200g saya kurangkan sikit)
  • 2 biji telur gred A (kalo gred B guna 3 biji)
  • 600ml santan sederhana pekat (saya kisar 1/2 biji kelapa dan amik santannya)
  • Sedikit pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
Cuba Resepi Ni:  Resepi Mini Keria Gula Melaka

Cara Membuatnya:

4. Buang sikit-sikit air yang bertakung atas permukaan bahagian bawah guna sudu perlahan-lahan. Kemudian cakar-cakarkan sedikit permukaannya guna garfu.

5. Satukan semua bahan atas C dan tapiskan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana perlahan hingga naik wap sentiasa kacau (bukan pekat macam yang bahagian bawah yer).

6. Bahagian ini cair dan agak naik wap aje, sentuh periuk dah rasa panas terus tutup api. Tuang adunan di atas bahagian bawah tadi, kukus selama 30 minit (setiap 10 minit, buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan tu).

7. Bila dah cukup masa, buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan. Dah siap, biarkan betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik.

Resepi Kuih Talam Keladi Lemak Manis

Resepi Oleh: Mariana Zainal