Kek

Resepi Kek Batik Biscoff Paling Sedap

resepi-kek-batik-biscoff-paling-sedap

Resepi Kek Batik Biscoff Paling Sedap

Tak manis, tak pakai gelatin, tak perlu bakar tau!. Tapi sebelum tu belanja love laju-laju okay hampa. Jom start!. Loyang 6 inci, dalam gambar pakai loyang 6 inci so cheese dia tebal) atau Loyang 7 inci. Cheese tak terlalu tebal, just nice sahaja (cheese = biscoff mousse).

Bahan-Bahan:

Lapisan Kek Batik Biscoff –

  • 300 gram biskut biscoff, kalau takde or nak kurangkan bajet pakai je 300 gram biskut marie
  • 130 gram butter
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu makan biscoff spread
  • 3/4 cawan fresh milk atau full cream milk

Lapisan Biscoff Mousse –

  • 250 gram cream cheese
  • 50 gram biscoff spread.
  • 20 gram gula icing
  • 160 gram dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing

Lapisan Topping Biscoff –

  • 130 gram biscoff spread yang dicairkan

Cara Membuat:

Lapisan Kek Batik Biscoff –

1. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik ya. Api perlahan, bila dah cair sepenuhnya, sila TUTUP API dan masukkan campuran susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan 1 sudu makan biscoff spread.

2. BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul-ketul. Kalau ketul ketul halus tidak mengapa.

3. Bila dah sebati, TUTUP API dan biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut biscoff yang dipatahkan kecil kecil. Yes kalau tak nak pakai biskut biscoff boleh pakai biskut marie sahaja.

4. Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan ke dalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagian chiller biasa tu dalam sejam.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Red Velvet Cheese Brownies

Lapisan Biscoff Mousse –

5. Putar 250 gram cream cheese selama 2-3 minit (pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik). Then masukkan 50 gram biscoff spread dan 20 gram gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.

6. Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati-hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat. Hati-hati.

7. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yang diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup. Isikan mousse tadi ke atas lapisan kek batik yang telah kita setkan. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa.

Lapisan Topping Biscoff –

8. Cairkan 130 gram biscoff spread. Dah cair, off api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi. Setkan semalaman, potong cantik-cantik dah boleh makan. Selamat mencuba semua!.

Resepi Kek Batik Biscoff Paling Sedap

Resepi Oleh: Muhammad Ali