Sayur

Resepi Mudah Asam Pedas Keladi Mabeles

resepi-mudah-asam-pedas-keladi-mabeles

Resepi Mudah Asam Pedas Keladi Mabeles

Asam pedas keladi ni dimakan bersama nasi ulam memang mabeless la. Dah la mudah je nak buat. Ok jom kita tengok bahan bahannya ye.

Bahan-Bahan:

  • Batang keladi beserta ubi keladi secukupnya (dibersihkan dan dicelur)
  • 2 ekor ikan kembung (dibersihkan, direbus dan diambil isinya)
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 cm belacan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah dua)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

1. Kisarkan cili kisar, belacan, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.

2. Di dalam periuk yang lain, rebus batang dan ubi keladi hingga empuk. Masukkan bunga kantan, asam gelugur atau asam keping dan daun kesum ke dalam periuk berisi bahan kisar tadi. Biarkan masak seketika.

3. Setelah mendidih masukkan ubi dan batang keladi yang direbus tadi. Apabila hampir masak masukkan isi ikan kembung yang direbus.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Tumis Daging

4. Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan masak seketika. Tutup api. Selamat mencuba.

Resepi Mudah Asam Pedas Keladi Mabeles

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar