Daging

Resepi Daging Masak Palembang Mabeles

resepi-daging-masak-palembang-mabeles

Resepi Daging Masak Palembang Mabeles

Sebenarnya pestaim masak menu ni. Almaklum la Kak Za ni sejenis tak makan daging. Tapii disebabkan permintaan dari suami dan anak anak Kak Za layankan je la. Walaupun pestaim masak, masya ALLAH, tabarakALLAH licinn semangkuk uiii. Bukan setakat makan dengan nasi je tapi siap meratah lagi tau. Hahaha. Ok, jom masak.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging dihiris nipis (Kak Za guna daging batang pinang)
  • Kicap lemak manis (tak kisah le jenama apapun)
  • 2 batang serai (diketuk manja)
  • 3 sudu kerisik
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 biji cili kering (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kuulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bunga lawang, kuulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau rata dan biarkan sampai naik bau.

2. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan masak seketika. Masukkan daging dan serai yang diketuk manja tadi. Kacau sebati dan masak sehingga daging empuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bakso Asli Indonesia

3. Bila daging dah empuk tu, masukkan kicap lemak manis dan kacau rata. Lepas tu masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasanya, biarkan merenih seketika. Dah siap, jom makan.

Resepi Daging Masak Palembang Mabeles

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar