Kek

Resepi Kek Puding Cheese Karamel Oreo

resepi-kek-puding-cheese-karamel-oreo

Resepi Kek Puding Cheese Karamel Oreo

Hari ni BIRTHDAY suami saya. Kek ni adalah cubaan pertama saya buat tau. Kalau tak jadi rupa kek, dah lama saya campakkan diri dalam group sebelah MATJHN tu Walaupun bukan bakers, memandai-mandai saja lebih. Alhamdulillah, menjadi jugak kek untuk suami tercinta. Memandangkan kek ni menjadi helokk terletak, maka saya nak share resepi kat sini buat kenangan. Kek ni kek karamel tapi puding dia tu rasa cheese, dalam kek ada taburan oreo.

Bahan A (Karamel):

  • 60gm gula pasir

Cara Membuat:

1. Cairkan gula dalam loyang atas api dapur untuk jadikan karamel. Agak agak dah perang tutup api. Goyang goyang loyang bagi gula karamel sekata. Ketepikan.

Bahan B (Puding Cheese):

  • 100gm cream cheese (suhu bilik)
  • 30gm gula kastor
  • 1 camca kecil esen vanila
  • 2 biji telur
  • 230ml susu segar

Cara Membuat:

2. Lecek cream cheese hingga betul betul lembut, kemudian masukkan gula. Pukul sebati guna whisk. Tambahkan esen vanila dan telur. Pukul lagi guna whisk hingga sebati. Kemudian masukkan susu segar. Kacau lagi hingga sebati dan tidak berketul.

3. Tapiskan adunan Bahan B tadi ke dalam Bahan A, iaitu dalam loyang karamel. Ketepikan.

Bahan C (Kek Span Oreo):

  • 250gm Vanilla Sponge Mix
  • 250gm telur (5 biji)
  • 60ml susu segar
  • 60ml minyak jagung
  • 1 camca kecil esen vanila
  • 50gm Biskut Oreo tanpa krim (crumbs)

Cara Membuat:

4. Satukan kesemua Bahan C kecuali minyak jagung dan oreo crumb. Pukul adunan sebati guna mixer hingga kembang dan pekat kelajuan maksima. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung, esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Kek Red Velvet Versi Kek Span Cheese Leleh

5. Campurkan oreo crumb dan gaul kaup balik guna senduk sekejap saja. Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi Bahan B & A tadi guna senduk perlahan-lahan. Adunan Bahan C akan terapung ye!. Terus je tuang adunan kek sampai habis.

6. Kemudian bakar adunan kek pada suhu 170-180C selama 45 minit secara waterbath (dulang pembakar diisi air panas). Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dulu ye. Bila kek dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru boleh terbalikkan atas board.

7. Saya simpan kek dalam peti sejuk semalam dulu, baru terbalikkan kek atas board. Sisip tepi kek dulu ye. Senang kek nak keluar dari loyang nanti. Sedia dihidangkan. Selamat memcuba!.

Tak mintak banyak, doakan kebahagian kami hingga ke Jannah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Terima kasih semua.

Resepi Kek Puding Cheese Karamel Oreo

Resepi Oleh: CikPuan SitiMasitah