Kek

Kek Pisang Oreo Kukus Mudah dan Sedap

kek-pisang-oreo-kukus-mudah-dan-sedap

Kek Pisang Oreo Kukus Mudah dan Sedap

Buat semalam. Kek pisang oreo kukus. Alhamdulillah. Kek pisang ni bahan asasnya lebih kurang je antara satu sama lain. Cuma cara dan pemilihan bahan, saya ikut la selera saya.

Bahan A (Blend):

  • 1 cawan pure butter yang dicairkan (cairkan dulu baru sukat. Guna pure butter lebih sedap). Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak.
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur gred A
  • 4 biji pisang berangan (potong kecil/lenyek)
  • 1 penutup/1 sdk esen pisang

Bahan B (Ayak):

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Kalau 3 bahan di atas tidak ada ketulan, boleh gaul-gaul sahaja.

Hiasan (Optional):

  • Hirisan nipis pisang berangan
  • Oreo secukupnya

Cara Membuat:

1. Blend bahan A sehingga halus. Kemudian, tuang dalam bekas besar. Masukkan bahan B ke dalam bahan blend. Gaul sebati.

2. Masukkan ke dalam loyang saiz 7” yang sudah digris. Saya tak alas loyang tu sebab baking paper tak ada. So saya sapu minyak, kemudian ratakan nipis tepung di dalam loyang. Buang sisa tepung dalam tu dulu baru tuang adunan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus

3. Hias permukaan adunan dengan hirisan pisang dan oreo. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak (anggaran 45 minit sehingga 1 jam).

4. Cucuk tengah kek dengan lidi, jika keluar bersih maknanya kek dah masak. Kalau masih ada adunan basah yang melekat pada lidi, kukus lagi adunan tersebut sehingga masak.

Kek Pisang Oreo Kukus Mudah dan Sedap

Resepi Oleh: Noy Yullan