
Cara Buat Korean Spicy Chicken Wings
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang pernah cuba resepi ayam goreng korea ni kan?. Sos korea ni pun dah ada yang dijual. Tapi kalau nak cuba buat sendiri sos dan kepak ayam ni boleh cuba resepi ni, insyallah dijamin sedap.
Bahan-Bahannya:
- Kepak ayam potong 2, dalam 12 ketul
- Tepung jagung 2 tbsp
- Tepung beras 2 tbsp
- Tepung gandum 2 tbsp
- Bawang putih 3 ulas
- Bijan 2 tbsp ,sangai sekejap bagi masak
- Baking powder 1/2 tsp
- Sos pedas 3 tbsp
- Cili sos 4 tbsp
- Telur 1 biji
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan kering bersama chicken wings. Masukkan telur dan kacau sebati.
2. Goreng chicken wing dalam minyak yang banyak sampai masak dan ketepikan. Kita akan goreng lagi sekali chicken wings ni bagi mendapat kan hasil yang ranggup.
3. Tumis bawang putih, masukkan cili sos dan sos pedas. Perasakan dengan gula dan sedikit cuka. Masak sehingga pekat dan ketepikan.
4. Masukkan chicken wings bersama dengan sos tadi dan tabur bijan yang telah disangai. Kacau sehingga sebati dan sedia untuk dimakan.
Resepi Oleh: Haerme Abd Rahman