Resepi Kek Pisang Nutella Almond Mudah
Bahan A:
- 2 biji pisang berangan + 3 biji pisang emas (lenyekkan)
Bahan B: Ayak Bersama
- 2 cawan tepung (kami pakai tepung blue key)
- 1 Sudu kecil serbuk penaik (kalau pakai tepung blue key, takyah letak dah serbuk penaik)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C: Blender
- Telur 4 biji
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 titik perisa pisang
- Gula 1 cawan
- Minyak 250gm (Kami pakai butter Anchor. Cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
Cara Membuat:
1. Satukan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik, ayak bersama. Ketepikan. Blender telur bersama gula. Masukkan esen vanila dan perisa pisang. Blender bagi kembang selama 6 minit.
2. Setersunya, masukkan minyak dan blend lagi. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek tadi. Blend sebati semua.
3. Campurkan bahan blend ke dalam bahan B dan gaul sebati. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang 8×8. Potong pisang, susun comey-comey atas kek tadi.
4. Akhir sekali, tabur dengan almond hancur (beli siap di kedai) dan tabur chocolate chip. Jangan lupa piping nutella atas kek tu. Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit. Siap!.
Resepi Oleh: Mya Zana Hamid