Nasi, Sarapan

Resepi Nasi Lemak Utara Dengan Sambal Sotong

resepi-nasi-lemak-utara-dengan-sambal-sotong

Resepi Nasi Lemak Utara Dengan Sambal Sotong

Bahan-Bahan Nasi Lemak:

  • 5 cawan beras Basmathi (basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, kemudian toskan)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan santan perahan pertama
  • 2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (carik dan simpul)

Bahan Tumis:

  • 1 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih( hiris nipis)
  • Sebesar ibu jari halia (hiris nipis)
  • 2 sudu teh jintan manis (basuh dan tumbuk guna lesung batu)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4-5 pcs bunga lawang
  • 1 sudu teh lada hitam biji

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumis. Tumis hingga bahan hiris layu dan wangi. Tutupkan api.

2. Masukkan beras yang dah ditoskan ke dalam periuk elektrik. Masukkan air, santan, daun pandan, garam dan curahkan bahan tumis tadi (sekali dengan minyak yang kita menumis tu yer).

3. Tekan cook dan biarkan masak elok. Bila button dah naik ke atas, tekan sekali lagi. Dah naik sekali lagi, barulah boleh kacau nasi lemak perlahan-lahan. Siap.

Tips: Untuk beras dan air atau santan sukat menggunakan cawan yang sama.

Cara Buat Sambal Kosong

Bahan Kisar:

  • 35 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis (yang ni saya agak-agak jer)
  • 1/2 sudu teh belacan (sikit jer tau)
  • 1 1/2 cawan minyak masak

+ Kisar semua bahan ini

Bahan Lain:

  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan air asam jawa (sederhana cair)
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa

Cara Memasak:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan masak guna api sederhana (jangan letak minyak dah yer sebab kita dah kisar dengan minyak, salah satu teknik bila masak sambal tak mercik/percik merata).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan

2. Bila cili dah mula masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan bahan perasa. Masak hingga pekat, dah pekat masukkan garam dan sesuaikan rasa.

Cara Buat Sambal Sotong

Bahan-Bahan:

  • 1 kg sotong (bersihkan dan digoreng sekejap dengan sedikit minyak untuk matikan air sotong. Toskan)
  • 2 1/2 sudu besar membukit gula pasir
  • 2 sudu teh garam
  • 1 pcs asam keping (nak buh air asam jawa boleh ja)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • Air jika perlu

Bahan Kisar:

  • 25-30 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 senduk minyak masak
  • Sedikit halia

+ Kisar semua bahan ini

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali, masukkan asam keping, garam dan gula serta bahan perasa. Kacau hingga sambal betul-betul masak dan naik minyak.

2. Masukkan sotong dan bawang yang dipotong bulat. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa dan siap (jika nak berkuah tambah sikit air). Boleh buang lebihan minyak dalam sambal.

Resepi Nasi Lemak Utara Dengan Sambal Sotong

Resepi Oleh: Mariana Zainal