Resepi Corndog Doh Anak-Anak Mesti Suka
Bahan Corndog Doh: Untuk 10 Corndog
- 1 peket sosej – direbus
- 1 peket slice cheese – untuk balut sosej
- 1 peket yis instant
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air (air hampir penuh)
- Susu pekat sesudu
Bahan Rahsia:
- 1sb pelembut roti/bread softener
- 1 sudu besar gula dan sedikit garam
- 2 sudu besar Minyak atau masak atau shortening atau marjerin
- Sesudu mix herb kalau mau, bagi wangi
Cara Membuat:
1. Bancuh yis dengan susu pekat, gula, garam dengan air suam. Air 1 cawan tu tak penuh sangat 90 percent cawan sahaja, kalau banyak nanti doh lembik dan melekat sangat.
2. Gaulkan rata semua bahan dan uli. Uli dalam 10-15 minit untuk doh yang gebu. Pakai mixer untuk kerja senang, set timer 15 minit dan tinggalkan. Kalau tak ada mixer kena bersenam tangan ya.
3. Siap uli, rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda. Dalam 30 minit ke 1 jam. Kalau yis elok dan aktif, dalam 20 minit dah naik. Tapi proofing dalam tempat suam-suam kuku, macam dalam oven.
4. Bila doh dah naik, tekan bagi kuncup balik untuk buang angin dia dan bahagikan kepada 10 bahagian. Cucuk sosej dengan lidi sate (buat masa tunggu doh naik), dan balut dengan slice cheese (tak nak cheese pon tak apa), atau cocok mozarella stick pon boleh.
5. Boleh gelek atau pakai tangan, balutkan doh ke sosej. Part ni kena prektis slalu, baru cantik. Tapi nak makan je kan, ikut suka, asal balut sudah. Siap balut dengan doh, ketepikan atas talam atau pinggan yang ditabur sedikit tepung untuk elak melekat.
6. Rehatkan sebentar, biar doh naik sekali lagi. Tips nak pastikan balutan melekat, kelim betul-betul. Kalau tak masa goreng, dia ngembang, ternganga corndog tu, abes cheese kluo. Biasanya jadi kalau api beso.
7. Nak guna breadcrumb, lepas balut sosej dengan doh, celupkan corndog tadi ke dalam air sejuk untuk basahkan dan golek-golek dalam breadcrumb. Ni pon kena prektis slalu, pilihlah teknik mana yang sesuai asal breadcrumb melekat pada adunan.
8. Ketepikan dan biar naik sekali lagi. Doh akan mengembang lagi sedikit, dah naik baru goreng. Macam buat pau, lepas masuk inti, rehatkan untuk dia naik baru kukus.
Tips dan Cara Menggoreng:
9. Elok guna konsep deep fry, tapi ikut suka, asal tenggelam 3/4 pon dah ok. Nak hasil lawa. Api medium, sedang-sedang. Kalau panas sangat, dia gelap cepat, kalau perlahan sangat dia serap minyak.
10. Goreng tak lama, maximum 1-2 minit saja dan kena perhati, masa ni jangan buat benda lain. Kalau tak, hasil gelap, kita nak golden brown. Sekali goreng max 2 batang. Lidi tu kalau panjang, patahkan sedikit, takut tak muat kuali.
11. Biasanya gorengan pertama akan gelap, caranya ketika minyak tengah panas, tutup api sekejap baru goreng. Dah separuh jalan baru buka balik api.
12. Dah siap, anak-anak serbu tak dan sejuk, hasilnya makan sambil nganga mulut, paneh. Letak sos atau mayo atau mustard, layan.
Resepi Oleh: Nur Shafawati