Kek

Resepi Kek Oren Buat Juadah Minum Petang

resepi-kek-oren-buat-juadah-minum-petang

Resepi Kek Oren Buat Juadah Minum Petang

Assalamualaikum, selamat tengahari semua. Harap-harap rakan-rakan di GHD dalam keadaan sihat semuanya. Kami di Johor dah start cuti hujung minggu. Bila anak-anak ada di rumah ni, makin sibuk mama di dapur sediakan juadah. Maka terciptalah Kek Oren (orange cake).

Resepi ke 2 untuk saya kongsikan bersama rakan-rakan di GHD. Resepi yang cukup mudah dan sedap untuk dijadikan juadah minum petang.

Bahan A:

  • 1 biji Oren tanpa biji dipotong kecil
  • 1 cawan butter yang telah dicairkan (kalau takde butter boleh ganti dengan minyak masak atau minyak jangung)
  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 cawan susu pekat (sebagai pelembut kek)
  • 1 sudu Orange sanquick
  • 1 penutup assen vanilla – optional (Saya tak letak pon, sebab saya sukakan rasa oren sebenar)

Bahan B (diayak):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh tepung penaik
  • 1 cubit garam
  • 1/2 sudu teh baking soda

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180°c. Campur semua bahan-bahan A dalam blender. Blend je.

2. Salin bahan yang telah dikisar dalam mangkuk lain. Masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit. Ratakan dengan kaedah kaup terbalik.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Oren Gebu

3. Masukkan dalam loyang yang telah digris atau dilapik dengan baking paper. Saya guna loyang loaf. Boleh juga guna loyang bulat saiz 6 atau 7 inci. 1 adunan ni muat untuk saiz loaf.

4. Bakar selama 45-60 minit bergantung pada oven. Setelah masak, keluarkan dari bekas dan sejukkan di atas redai. Potong apabila kek telah sejuk. Tapi saya suka makan kek time dia suam-suam sikit, rasanya lebih umppphh.

Itu jer bahan dan cara-caranya. Senang bukan? Selamat mencuba ya.

Resepi Kek Oren Buat Juadah Minum Petang

Resepi Oleh: Suhana Sulaiman