Kek

Resepi Kek Oren Sunquick Badam

resepi-kek-oren-sunquick-badam

Resepi Kek Oren Sunquick Badam

Bismillairrahmannirahim.. Minum petang, cuaca elok rini, redup jew. Kek oren sunquick, akak tabur badam slice atas dia, nikmat rasa.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur grad A
  • 220 gram butter
  • 30 gram butter (dicairkan)
  • 1 cawan gula halus (kastor)
  • 200 gram atau 2 cawan tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum campurkan dengan 1 sudu kecil baking powder ye)
  • 2 tbs pati oren sunquick
  • Sedikit pewarna kuning untuk nampak lagi berseri kek oren kita
  • slice badam secukupnya

Cara Membuat:

1. Butter dan gula dipukul hingga berkrim. Masukkan pati oren sunquick dan sedikit pewarna, mix sekejap bagi rata.

2. Masukkan telur satu persatu, kemudian mix lagi. Masukkan tepung dan mix dengan spatula sehingga rata.

3. Kemudian masukkan butter cair, kaup balik hingga rata. Kalau suka boleh tambahkan parutan kulit lemon atau oren.

4. Sediakan loyang, sapu dasar loyang dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Tabur badam slice, kemudian bakar pada suhu 170c selama 45 minit hingga kek masak.

Resepi Kek Oren Sunquick Badam

Resepi Oleh: Zila Norazila