Kek

Cara Mudah Buat Kek Marble Celoreng

cara-mudah-buat-kek-marble-celoreng

Cara Mudah Buat Kek Marble Celoreng

Cuti cuti jerebu ni anak anak mintak buatkan kek Marble. So jadi lah kek marble simple.

Bahan-Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 240 gm tepung gandum
  • 190 gm gula kaster
  • 5 biji telur
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovalette atau cream super 3gm
  • 3 sudu besar susu cair or full cream
  • 3-4 sudu besar serbuk koko – diayak

Cara Membuat:

1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, gula susu dan cream super atau ovellte dan esen vanilla hingga kembang dan bewarna putih. Masukkan telur satu persatu.

2. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehinnga sebati dengan perlahan dan masukkan susu cair. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

3. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

4. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi No Bake Toblerone Cheesecake Kurang Manis

Nota: Terbalikkan kek di atas redai kek selama 15 minit dan balikkan pada bentuk asal.

Cara Mudah Buat Kek Marble Celoreng

Resepi Oleh: Danita Daniels