Kek

Resepi Kek Lapis Prune Rasa Moist dan Sedap

resepi-kek-lapis-prune-rasa-moist-dan-sedap

Resepi Kek Lapis Prune Rasa Moist dan Sedap

Hari ni baru berkesempatan up kek lapis saya buat. Rasa sedap dan moist gitu.

Bahan-Bahan:

  • 450g pure salted butter (saya guna SCS atau Golden Churn)
  • 8 kuning telur
  • 7 telur penuh
  • 125g tepung superfine (Bluekey yang terbaik) atau tepung Hong Kong*
  • 110g gula caster
  • 4 sb susu pekat
  • 1st rempah kek*
  • 1/2 st baking powder*
  • 1sb ovalette
  • prune – dicincang

Bahan bertanda (*) diayak bersama

Cara Membuat:

1. Pukul butter dan gula caster sehingga berkrim. Warnanya harus jadi pucat.

2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul rata sebelum menambah yang berikutnya. Langkah ini penting sebab kalau tak pukul elok sebati, batter akan nampak berketul-ketul.

3. Masukkan telur penuh satu persatu dan pastikan sebati sebelum masukkan telur berikutnya. Batter akan nampak cair tapi jangan risau. Tambahkan susu pekat dan ovallette.

4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung sikit demi sikit. Dan teruskan putar sehingga anda dapat batter yang likat elok. Pastikan tiada ketulan tepung dalam batter.

5. Bakar dalam oven, api atas bawah untuk lapisan pertama. Lapisan kedua dan seterusnya, guna api atas sahaja. Suhu dalam 175-180c bergantung oven masing-masing.

Nota:

  • Kek lapis ini, sesuai dibakar menggunakan oven kecil, sebab kita boleh duduk sambil bakar selapis-selapis. Dan buat kek ni, tak boleh tinggal. Kena hadap aje oven tu sampai habis bakar semua lapisan. Prune boleh diletakkan setiap 3 lapisan.
  • Resepi ni cantik elok kalau guna loyang 8″x8″. Loyang kena gris dengan butter kemudian alas dengan parchment paper.
  • Bila dah masak, nak keluarkan dari loyang, sisipkan pisau dikeliling loyang. Guna sehelai parchment paper dan alas muka kek. Letakkan papan pemotong atas permukaan kek yang ditutup kertas dan terbalikkan loyang sambil goyangkan pelan-pelan. Kek akan keluar dari loyang. Ambil satu lagi papan pemotong dan letak atas kek yang terbalik. Pusingkan kek. Kek akan terletak elok atas papan pemotong yang no 2. Berat kek adalah antara 1.8-2.0 kg bila masak.
Cuba Resepi Ni:  Kek Ogura Pandan Gebus Bak Kapas

Happy Baking, peeps!

Resepi Kek Lapis Prune Rasa Moist dan Sedap

Resepi Oleh: Haliza Jeran