
Ayam Tumis Jintan Sesuai Dimakan Dengan Pelbagai Jenis Nasi
Harum sampai seberang sana. Mana tak harum kalau menumis rempah ratus kan?. Mak-mak, Ibu-ibu boleh cuba ni tau untuk hidangan keluarga. Sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi ye. Apabila semua ramuan bersatu masakan lebih enak rasa lebih padu, sedap.. wajib cuba tau.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam – dipotong ikut selera
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 bunga cengkih
- 3 tangkai daun kari
- 1 kotak S&P Santan Kelapa (200ml)
Bahan Kisar:
- 4-5 tangkai cili kering
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar jintan manis
- 2 sudu besar jintan putih
- 2 biji buah keras
Cara Memasak:
1. Ayam dibersihkan digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak angkat, ketepikan. Guna minyak goreng yang sama, tinggalkan lebih kurang satu senduk minyak. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun kari.
2. Tuang pula bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam tadi, tuang S&P Santan Kelapa yang saya campurkan dengan sedikit air panas kacau merata biarkan masak sebentar.
3. Tambahkan kicap lemak manis secukupnya dan sos tiram. Jika tak cukup gelap boleh tambah kicap lagi. Letak kicap sudah cukup sesedap rasa. Jika perlu sahaja baru tambah garam. Siap, sedia dihidangkan. Jom buat.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish