Kek

Resepi dan Tips Buat Kek Buah Kukus

resepi-dan-tips-buat-kek-buah-kukus

Resepi dan Tips Buat Kek Buah Kukus

Hidangan paling laris. 2 hari berturut-turut tapau untuk orang-orang di Sri Iskandar. Alhamdulillah.

1st time buat. 100 percent saya buat sendiri. Dari menghanguskan gula, menggaul buah, top up air dalam pengukus, tunggu dikukus selama 4 jam sampailah mencuci perkakas. No assistant, no bibik. I’m proud with myself.

Next time, maybe nak try kek hati parek pulak. Jiwa kena kental nak kukus 8 jam.

sebuah loyang kek 8×8 inci/2 buah loyang kek 6×6 inci/3 buah bekas aluminium 7 1/2 x 3 1/2 inci)

Bahan A:

  • 300 gm gula pasir
  • 50 gm gula perang
  • 250 gm mentega
  • 500 gm campuran buah-buahan kering + kurma (Cincang halus)
  • 50 ml air panas

Bahan B:

  • 350 gm tepung gandum
  • 2 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt cream of tarta
  • 1 sdt esen vanila/ 1 sdt esen lemon/ 1 sdt esen tutti fruity/ 1 sdt esen pisang/ 1 sdb kordial Sunquick
  • 1 sdt serbuk kayu manis/ serbuk buah pala (Optional)

Bahan C:

  • 3 biji telur (A)/ 4 biji telur (B)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan gula ke dalam pan atau kuali. Panaskan dan cairkan gula hingga menjadi karamel dengan menggunakan api kecil. Hati-hati semasa mengendalikan karamel yang panas dan pastikan gula tidak hangus kerana ia akan membuatkan kek berasa pahit.

2. Masukkan air panas ke dalam karamel perlahan-lahan. Hati-hati kerana karamel akan terpercik. Kacau biar sekata. Masukkan mentega dan biarkan ia mencair sepenuhnya.

3. Masukkan buah-buahan campur dan kurma yang telah dicincang halus. Kacau rata sehingga adunan mendidih dengan menggunakan api perlahan. Biar adunan suam sebelum sambung ke langkah seterusnya. Ayak ke semua bahan kering (tepung, soda bikarbonat, cream of tarta dan serbuk kayu manis).

4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih. Masukkan bahan kering yang telah diayak secara berperingkat ke dalam adunan gula-buah campur. Gaul rata sehingga adunan benar-benar sebati.

5. Masukkan telur ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Tambahkan esen vanila/ esen lemon/ esen tutti fruity/ esen pisang/ kordial Sunquick (Kali ini, saya gunakan esen pisang). Kacau rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Marble Coklat

6. Sediakan loyang pembakar (Kali ini, saya gunakan 2 buah loyang bersaiz 6×6 inci). Gris dan lapik dengan kertas pembakar. Bahagian adunan ke pada 2 bahagian sama rata. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminum foil.

7. Kukus kek selama 2-4 jam (Rujuk nota). Setelah kek masak, biarkan seketika di dalam pengukus (10-15 minit). Tunggu sehingga kek benar-benar sejuk/ biarkan semalaman barulah dipotong.

Nota:

  • Tempoh masa mengukus kek berbeza. Sekiranya anda tidak mahu menyimpan kek dalam tempoh masa yang lama, memadai untuk anda mengukus selama 2-3 jam.
  • Masa mengukus kek untuk loyang 8×8 inci diantara 2 1/2 – 4 jam.
  • Masa mengukus kek untuk loyang 6×6 inci diantara 2 – 4 jam.
  • Masa mengukus kek untuk bekas aluminium 7 1/2×3 1/2 inci diantara 1 1/2 – 1 3/4 jam.
  • Untuk menyimpan kek, balut dengan plastik cling wrap & balut sekali lagi dengan aluminium foil untuk mengelakkan kek menjadi kering.
  • Sekiranya tidak mahu menggunakan gula perang, anda boleh menggunakan gula pasir sahaja sebanyak 330g.
  • Bagi mengelakkan buah tenggelam di dasar kek, ambil sedikit tepung yang digunakan & gaul dengan buah sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
Resepi dan Tips Buat Kek Buah Kukus

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah