Kek

Kek Coklat Biskut Tanpa Bakar Rasa Coklat Yang Padu

kek-coklat-biskut-tanpa-bakar-rasa-coklat-yang-padu

Kek Coklat Biskut Tanpa Bakar Rasa Coklat Yang Padu

Salam & hi semua, saya nak share resepi terbaru dari Mr.Ali. Chocolate Biscuit Cake (no bake) atau kek coklat biskut tanpa bakar. Nampak macam kek batik kan? tapi bahan dia simple je. Chocolate Biscuit Cake ni katanya favourite mendiang Ratu Elizabeth tau. Sesuai bagi sesiapa yang suka texture rangup dan rasa chocolate yang padu. Mudah sangat-sangat, siapa-siapa pun boleh buat.

Bahan-Bahan:

Biscuit Cake – Saya guna LOYANG PETAK 7 INCI

  • 250 gram butter yang sudah lembut atau berada pada suhu bilik
  • 50 gram gula
  • 20 gram madu
  • secubit garam (kalau pakai marjerin/buttercup or apa-apa jenis butterblend tak perlu letak)
  • 180 gram dark choc yang dicairkan.
  • 200 gram biskut marie yang dipatahkan kecil-kecil

Ganache –

  • 350 gram dark chocolate compound
  • 300 gram dairy whipping cream
  • 1 sudu makan butter
  • 130 gram badam cincang yang telah dibakar (optional)

Cara Membuat:

Biscuit Cake –

1. Masukkan butter yang dah lembut atau sudah berada pada suhu bilik, gula dan madu dalam pengadun. Beat speed perlahan selama 2-3 minit atau sebati.

2. Seterusnya masukkan melted chocolate. Bagi coklat tu suam dulu ya. Jangan masuk panas-panas. Kacau sebati, kejap je kacau or beat. Dah sebati, masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan kecil-kecil.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Kukus Buah Prune

3. Akhir sekali, gaul sebati dan mampatkan dalam loyang yang sudah dialas baking paper. Masukkan kek ke dalam peti sejuk atau chiller.

Ganache –

4. Double boil-kan dark choc, dairy whipping cream dan butter. Bila dah sebati, tuang dalam separuh dari ganache tadi. Ini bertujuan untuk menutup rongga-rongga biskut yang kita dah mampatkan dalam loyang tadi.

5. Baki ganache, masukkan badam cincang yang telah dibakar ke dalam baki ganache tadi. Tuangkan semula ke atas ganache tadi. Dah siap. Means ada 2 kali tuang. 1 tanpa letak badam, satu lagi letak badam. Skip je step ni kalau tak nak letak badam. Tuang je terus ganache tadi okay.

Selamat mencuba semua.

Kek Coklat Biskut Tanpa Bakar Rasa Coklat Yang Padu

Resepi Oleh: Muhammad Ali