Resepi Karipap Rangup Berjerawat Boleh Juga Buat Frozen
Kadang malas nak buat, terasa nak makan karipap beli je senang cita. Tapi bila mai mood rajin buat sendiri, puas hati dapat banyak biji, selebih kita frozenkan. Saya suka kulit karipap berjerawat macam ni, sedap. Saja nak share sini, resepi kulit karipap cara saya;
Bahan-Bahan:
- Sekilo tepung gandum
- 3 sdb tepung beras
- 3 sdb planta/majerin
- 2 senduk kecil mnyak masak (panaskan)
- 1 sdk air kapur
- Sedikit garam halus
- Sedikit air sejjuk (ais) – air ni saya agak-agak saja ikut kelembutan doh.
Cara Membuat:
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, planta atau majerin dan air kapur dalam 1 bekas.
2. Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi, kacau dengan senduk ye, hati-hati sebab panas. Bila tepung dah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
3. Nak karipap bejerawat, pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan dalam tepung adunan, masa bancuhan awal. Inti karipap buat macam biasa, rempah daging, ubi kentang, daun sup, daun kari dan isi ayam.
Petua: Sebelum klim karipap, sapu air keliling karipap then klim tekan kuat sikit yer, in shaa Allah nanti goreng tak terbukak. Cara saya macamtulah.
Sekarang Guna Acuan Karipap Moden Ni Lagi Mudah >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya