Sambal Gesek Goreng Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng

Sambal Gesek Goreng Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng

Sambal Gesek goreng, untuk yang alergik belacan tapi teringin nak makan sambal boleh la cuba. Sedap tau! Makan dengan nasi goreng pun ngam.

Bahan Perlu Digoreng:

  • 2-3 biji bawang besar dipotong empat
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji lada merah (lada besar) potong dua
  • 10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai

Semua bahan di atas digoreng sekejap hingga layu dan hampir perang.

  • 3 sudu besar ikan bilis digoreng garing
  • 2 sudu besar ikan bilis dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
  • Garam, gula, secukup rasa dan sedikit perahan air limau nipis

Cara Membuat:

1. Dalam pengisar, masukkan bahan goreng, bilis goreng, gula, serbuk perasa, dan sedikit garam (jangan banyak sebab bilis dah masin). Kisar semua bahan mengikut tahap lumat yang disukai.

2. Tuang bahan yang telah siap dikisar dalam bekas, masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati. Siap.

Boleh Guna Ikan Bilis Jenis Ni, Lebih Rangup >> KLIK DI SINI

Sambal Gesek Goreng Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng

Resepi Oleh: Aisyah Humaira