Ikan, Kari, Makanan Laut

Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Utara

resepi-kari-ikan-tongkol-hitam-utara

Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Utara

Pernah buat ikan ayo atau tongkol hitam jadi kari orang utara? Masak pula dalam kuali. Regu dengan ulam kampung dan sambal belacan menyengat. Perghhh menambah semua makan.

Haa cikgu orang Kelantan. Tapi sesekali olah resepi masak kari ala utara. Memang tak sama sepenuhnya. Sebab cikgu buat cara sendiri. Hasilnya sedap gilaaa. Sabar je hati dapat bau dan rasa gulai ni. Penuh berselera. Jangan lupa kawan-kawan cikgu cuba.

  1. Sediakan bahan kisar dalam pinggan;
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sehiris lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • dua hiris nipis serai
  • 1 sudu kecil campuran rempah ketumbar + jintan manis

Bahan tumis: 1 sudu besar halba campur

Panaskan sedikit minyak. Tumis 3 sekawan dan setangkai daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan halba campur. Seterusnya tumis bahan kisar tadi sehingga garing.

2. Bahagian paling penting pemilihan rempah. Cikgu masih mengekalkan rempah kari ikan timbang asli dari Kelantan. Nak guna jenama lain pun terpulang. Pastinya ada aroma berbeza. Kuantiti rempah:

  • 2 sudu besar kari ikan timbang Kelantan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada Baba’s

3. Masukkan kesemua serbuk rempah tadi ke dalam kuali. Juga 1/2 biji tomato. Tunggu sehingga rempah garing. Guna api perlahan sahaja. Barulah masukkan 2 1/2 cawan air.

4. Masukkan perasa peringkat pertama, 1/2 kerek nisse kampung atau gula Melaka dan sedikit garam. Biarkan pes menjadi pecah minyak.

5. Susun ikan tongkol yang telah dibersihkan dan dipotong dalam kuali atau periuk selepas pes pecah minyak. Biarkan isi ikan meresap.

6. Barulah masukkan 1/2 kotak kecil santan. Kuantiti kepekatan kuah terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Selepas kuah menggelegak, masukkan perisa peringkat kedua. Perasakan dengan garam dan nisse secukupnya.

8. Sediakan sayur pilihan:

  • bendi
  • terung
  • lada Siam
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 tangkai daun kari

Susun kesemuanya dalam kuali selepas kuah menepati citarasa.

9. Sedia ditutup api. Sedia dihidangkan kari ikan ayo yang sangat sedap.

Selamat mencuba resepi masakan kari ikan tongkol hitam ala utara yang sedap dan memikat.

Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Utara

Resepi Oleh: Afy AL Habibi