Resepi Kek Telur Mata Mango Cheese
Kek Telur Mata.. Adudududu.. Serius sedap sangat. Yang ni resepi cheese Aznie ikut resepi abe Fendi Islam yang kek sendiri puding guna yang segera je. Sedap makan sejuk-sejuk.. Tinggal gambar je keknya dah habis.
Bahan Untuk Sponge Cake
Bahan A:
- 100g Tepung gandum
- 50g Tepung jagung
- 1/2 sudu besar Baking powder
- 120g Gula castor
- 60g Susu Full cream
- 5 biji Telur A
- Ovelate 1 1/2 sudu besar
- Vanila 1 sudu besar
- Garam secubit
Bahan B: 60gm Butter (cairkan)
Bahan Puding: (Kuning telur)
- 1 kotak serbuk puding mangga (NONA)
- 400 ml air
Bahan Cheese: (Putih telur)
- 250 g cream cheese (gune royal victoria)
- 125 g gula aising
- 500 g fresh cream
- 1 sudu besar esen vanilla (gune star brand)
- 1 sudu besar manggo flavour
- 2 sudu besar jus lemon (optinal)
Bahan Taburan Atas Kek: (Lada sulah) – Sebatikan
- 2 1/2 sudu kecil snow powder
- 1/4 sudu kecil serbuk koko
Cara Buat Kek:
1. Pukul semua bahan A hingga kembang dan gebu (jika nak tambah perisa dan warna pun boleh masa ni ye). Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil dikaup balik menggunakan spatula.
2. Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Aznie guna loyang saiz 4′ inci dapat la 4 loyang. Kemudian bakar pada suhu 160’c selama 1 jam. Bila dah masak biar kejap dalam 2-3 minit, terus keluarkan kek dari loyang. Jangan biar lama ye. Kita tak nak jadi kecut.
Cara Buat Puding:
3. Aznie guna puding segera segera perisa mangga brand Nona. Cara memasaknya ikut langkah dikotak. Tadi Aznie bubuh sebungkus serbuk puding mangga di dalam periuk dan tambah 400ml air.
4. Masak hingga mendidih. Kemudian masuk kedalam acuan. Boleh guna apa-apa brand serbuk puding yang kita nak ye kalau tak ada.
Cara Buat Chesee:
5. Pukul cream cheese, gula aising, dan esen vanilla sampai sebati dan kembang sedikit. Kemudian masukkan jus lemon serta flavour mangga, kacau sampai sebati.
6. Dalam bowl lain, mix fresh cream sampai sebati dan tak ada ketul-ketul (jangan pukul kembang). Then mix dalam adunan cheese tadi, kaup balik ye hingga sebati dan licin. Kalau adunan terlalu pekat boleh tambah sedikit susu segar ye.
Cara Sediakan Kek:
7. Letakkan kek di atas papan kek atau pinggan. Tuangkan cheese diatasnya. Kemudian keluarkan puding tadi dan bubuh di atas cheese, hati-hati ye nanti pecah pulak kuning telur nanti.
8. Ok, last sekali Aznie ayak bahan taburan di atas sedikit untuk nampak macam kita tabur lada sulah di atas telur. Simpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan. Makan sejuk-sejuk sedap.
Resepi Oleh: Aznie Khasri