
Resepi Kari Ikan Tongkol
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong-potong
5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
1 bji terung bulat – potong baji
1 biji tomato – potong baji
2 biji bawang merah – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
1 cm halia – tumbuk
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari
Cara Memasak:
1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan-bahan sampai garing.
2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.
3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.