Ikan, Kari, Makanan Laut

Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

resepi-kari-ikan-tenggiri-tanpa-santan

Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Kari ikan tenggiri tanpa santan. Letak kacang bendi, terung dan tomato. Kalau ada extra, esok tu panaskan dan makan dengan roti canai. Fuhhhhh!

Ramuan Utama:

  • 6 potong ikan tenggiri (medium sized fish) dicuci sebersihnya & ditos (nak guna ikan lain pun boleh)

*saya guna bahagian kepala, isi & ekor ikan (mana-mana bahagian/isi ikan pun boleh)

  • Minyak masak secukupnya (anggaran 5 sudu makan)
  • Air masak/filtered water secukupnya (untuk kepekatan/kecairan kuah, sila adjust kuantiti air)

Bahan Untuk Tumisan Pertama:

  • 1 biji bawang merah besar (medium sized) – dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 biji cili api kampung – dihiris kasar
  • 2 tangkai cili kering – dihiris kasar
  • 2 tangkai daun kari (daun dilurut dari tangkai)
  • 1/4 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 peket halba campur (beli siap kat kedai)
  • 1 sudu teh biji sawi (dalam peket halba campur dah ada biji sawi, tapi saya tambah lagi sikit)
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis (saiz kecil)

Bahan Kisar halus:

  • 1 1/2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Lain:

  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar serbuk cili (nak lagi pedas, boleh letak extra)
  • 6-7 sudu besar (membukit/penuh) rempah kari ikan (nak lagi kick & pekat, boleh letak extra)
  • Garam – sesuaikan ikut taste
  • Gula – sesuaikan ikut taste
  • Bancuhan air asam jawa/pes asam jawa – sesuaikan ikut taste (nak extra masam boleh letak lebih)
  • Ajinomoto – saya tak letak

Sayuran & Dedaunan Pelengkap Aksesori Kuah:

  • (optional – kalau takda pun takpa tapi nanti kuah macam tak cun pulak)
  • 2 tangkai daun kari (daun dilurut dari tangkai)
  • 1 biji buah tomato – belah 4
  • 6 biji kacang bendi (medium sized) – tak perlu potong
  • 1 biji terung panjang/terung bulat – shape potongan ikut taste
  • 4 biji cili api kampung (warna merah atau hijau pun boleh) – dibelah 2
  • 1 biji cili merah besar – dibelah 2
  • 1 biji cili hijau besar – dibelah 2

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan untuk tumisan pertama sehingga naik bau, garing dan layu warna keperangan (gunakan api kecil supaya tak hangus).

2. Masukkan serbuk kunyit. Gaul rata dan garingkan sekejap. Masukkan bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak dan sebati dengan bahan lain.

3. Step 2 dah garing, kita masukkan ikan. Gaul rata dengan bahan tumisan dan terus masukkan air (sampai agak-agak ikan tenggelam). Biarkan seketika.

4. Bila ikan dah separuh masak dan kuantiti air nampak berkurangan, kita masukkan pula serbuk cili dan rempah kari ikan. Kacau slowly rata-rata supaya tumisan sebati dengan ikan.

5. Step 4 dah okay, kita keluarkan ikan dari tumisan tadi (proses ini adalah untuk menggaringkan lagi tumisan kari tadi dan tumisan kena sentiasa dikacau. Kalau ada ikan sekali, takut isi ikan hancur).

6. Masak tumisan sampai betul-betul garing dan pekat (texture garing atau dah jadi macam pes). Proses ni kena sentiasa kacau je tumisan tu sebab takut hangit dan berkerak kat dasar periuk/kuali.

7. Lepas tu, masukkan bancuhan air asam jawa/pes asam jawa. Kacau-kacau sikit. Kemudian, barulah curahkan air masak/filtered water. Kuantiti air tu agak-agaklah dan adjust ikut taste masing-masing ya. Masukkan air tu sedikit demi sedikit. Nak pekat, kurangkan air. Nak cair, lebihkan air.

8. Perasakan dengan garam dan gula ikut taste anda. Kita masukkan ikan semula. Kacau rata supaya tumisan sebati dengan ikan. Proses kacau kuah tu kena hati-hati sikit sebab takut isi ikan hancur. Kesian ikan tu nanti. Hihihi.

9. Biarkan mendidih seketika. Kemudian, masukkan sayuran dan dedaunan pilihan;

  • Masukkan terung panjang/terung bulat dulu (sebab terung memerlukan lebih masa untuk lembut).
  • Diikuti dengan kacang bendi (masak hingga kacang bendi lembut).
  • Taburkan daun kari.
  • Lepas tu, masukkan belahan cili api kampung & cili merah besar + hijau tadi.
  • Akhir sekali, campak buah tomato (kena masukkan last sekali sebab buah tomato mudah lembik).

10. Agak-agak kuah dah menggelegak dan rasa semua dah okay, boleh matikan api. Boleh dihidangkan. Selamat mencuba resepi kari ikan tenggiri tanpa santan.

Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Resepi Oleh: Nur Ain Omar