Kuih Muih, Manisan

Resepi Kuih Butir Nangka Berinti Pisang

resepi-kuih-butir-nangka-berinti-pisang

Resepi Kuih Butir Nangka Berinti Pisang

Bahan-Bahan Untuk Kuah:

  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba – optional
  • 1 sudu kecil tepung beras

Cara-Cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.

2. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api.

Bahan-Bahan Untuk Biji Nangka:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pandan paste (clear paste) – optional
  • Pewarna purple atau apa-apa warna yang anda suka.
  • Garam
  • Pisang dipotong kecil – sebagai inti
  • Air secukupnya untuk menguli

Cara Buat:

1. Sebelum menguli, sediakan air untuk merebus panaskan air di dalam periuk (air 3/4 penuh).

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas, bersama air yang dibubuh sedikit demi sedikit dan uli sampai sebati dan doh tak lekat ditangan ye.

3. Kemudian ambil sedikit doh, leperkan di telapak tangan, bubuh pisang dan tutup doh. Gelek-gelekkan di telapak tangan anda, bentukkan seperti biji nangka. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk ketika air sedang menggelegak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu

4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya ke dalam kuah santan. Kalau kuah santan belum siap masukkan dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak.

Resepi Kuih Butir Nangka Berinti Pisang

Resepi Oleh: Adnil Sam