Resepi Roti Canai
Bahan-Bahan:
550gm tepung gandum
15gm marjerin
1 biji telur
250ml air
60ml susu pekat manis
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Masukkan air, marjerin, telur, susu pekat manis dan garam ke dalam mangkuk adunan. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 10 minit. Setelah itu, uli sekali lagi selama lima minit. Ulangi langkah tersebut sebanyak tiga kali.
4. Bentukkan adunan bulat-bulat dan mengikut saiz yang dikehendaki. Perap selama tiga jam atau lebih.
5. Akhir sekali, panaskan kuali leper dan tebar roti sehingga masak. Enak dinikmati bersama kuah dal dan sambal ikan bilis.
Tip:
Selepas langkah ketiga doh diuli dan direhatkan, doh bertambah kenyal dan tidak melekat. Sekiranya doh melekat di jari dan terasa lembik, tambahkan satu sudu makan tepung gandum. Pastikan doh diuli dengan tangan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan sebati.