Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Bawal Masam Manis

resepi-ikan-bawal-masam-manis

Resepi Ikan Bawal Masam Manis

Bahan-Bahan:

  • Ikan Bawal 2 ekor (dicuci bersih)
  • Tomato 2 biji (potong dadu)
  • Carrot (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Cili kisar 4-5 sudu besar
  • Daun limau purut 2 helai
  • Serai 1 batang (potong serong)
  • Bawang putih 3 ulas (dikatok)
  • Bawang besar 1 biji (dipotong dadu)
  • Cili hijau (potong serong)
  • Cili merah (potong serong)
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Sos cili 4 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Gula (1 sudu besar)
  • Serbuk perasa (1 sudu besar)

Cara Memasak:

1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan. Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak).

3. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan serbuk perasa. Gaulkan.

4. Masukkan timun, carrot, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sardin Masak Kicap Dengan Kacang Bendi

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Angkat dan taburkan daun ketumbar, siap untuk dihidang.

Resepi Ikan Bawal Masam Manis

Resepi Oleh: Nurul Ateekah