Resepi Puding Roti Berkuah Santan
Sekarang baru nak kalut ganti puasa ye..hehe. Okay ni menu berbuka nanti. Hidangan yang paling senang dan tak bosan kalau makan setiap hari. Ni saya sertakan resepi puding roti dan kuah santan versi saya.
Bahan Bread Pudding:
- 2 biji telur
- 1/4 (60 gram) gula perang/caster sugar
- 1 2/3 (435ml) cawan susu (kalau takde fresh milk boleh je guna susu tepung anak bancuh dengan air je)
- Sedikit esen vanilla
- 8-10 keping roti
- Chocolate chips
Cara Buat:
1. Gaulkan telur + gula sehingga larut dan tambahkan susu dan esen vanilla (guna whisk je). Potong atau carikkan roti jadi kepingan kecik..
2. Masukkan kepingan roti dan rendamkan dalam campuran susu dan telur tadi. Biarkan dalam 5 minit atau sampai roti menjadi kembang.
3. Masukkan dalam acuan 8×8 yang dioles dengan butter. Bakar pada suhu 175c selama 40 minit (Kalau takde oven kukus je 30-35 minit).
Bahan Kuah Santan:
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu makan gula perang/gula caster
- 1 sudu makan tepung castard/tepung jagung
- Secubit garam
Cara Buat:
1. Masukkan semua bahan dan masak guna api sederhana sehingga kuah masak. Tak pekat tak cair. Nak pekat boleh lebihkan tepung jagung or castard.
2. Resepi ni memang agak kurang manisnya. So kalau nak manis, boleh tambahkan gula sikit. Kalau tak nak guna santan boleh tukar pada susu sejat. Dan tambahkan air sedikit.
3. Bila dah sejuk boleh masuk chiller dan sejukkan. Stail saya tuang sos siap-siap baru masuk dalam peti sejuk. Selamat mencuba ye.

Resepi Oleh: Marlina Musafir