Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap

resepi-ikan-bawal-emas-stim-kicap

Resepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap

Menu hari ini, ikan bawal emas masak stim kicap, telor dadar mek siam, kailan sos tiram, telor sotong goreng kunyit, tokoyaki Dan buah baby plum.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan bawal emas @ ikan lain-lain
  • 2 inci halia muda (potong memanjang)
  • 5 ulas bwg putih (cincang halus)
  • 1 batang serai (potong serong )
  • 1 tangkai daun bawang (hiris halus)
  • Sedikit Lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 sb minyak masak
  • Sedikit minyak bijan (tak nak letak pom takpe)
  • 2 biji cili padi (hiris halus)

Bahan Sos:

  • 10 Sudu Besar KICAP MANIS JALEN
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar stok ayam/1 ketul kiub ayam

Cara Memasak:

1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan sedikit garam di luar dan dalam ikan.

2. Letak serai dalam perut ikan. Panaskan kukusan sehingga mendidih. Taburkan halia bersama ikan dan kukus ikan sehingga ikan masak.

3. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap beserta stok ayam, masukkan air, dah mendidih boleh tutup api.

4. Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur daun bawang dan cili. Renjiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman