Uncategorized

Resepi Mudah Bubur Nasi Berempah

resepi-mudah-bubur-nasi-berempah

Resepi Mudah Bubur Nasi Berempah

Bahan-Bahan:

  • 240g beras (cuci, toskan & simpan dalam freezer 2,3 jam supaya beras mudah hancur menjadi bubur)
  • 750 ml air
  • 200g ayam/daging kisar atau 2 keping dada ayam didadu kecil
  • 1 sdu mkn rempah kari daging
  • 1 sdu mkn lada putih
  • 100 ml santan pekat
  • 1/2 kiub ayam
  • Sedikit carrot & isi jagung
  • Garam secukup rasa
  • Sehelai daun pandan

Bahan Tumis:

  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 cm halia*

*Hiris halus

  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 buah pelaga

Bahan Pelengkap:

  • Telur masin
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Kacang tanah goreng

Cara Memasak:

1. Rebus beras bersama air dan daun pandan hingga menjadi bubur. Guna rice cooker lebih jimat masa.

2. Dalam periuk lain panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan ayam kisar dan masak hingga lembut. Tambahkan lada putih, kiub ayam serta garam, gaul rata. Masukkan ke dalam periuk bubur nasi.

4. Bila bubur hampir masak, masukkan santan, carrot, dan isi jagung. Masak hingga bubur pekat. Hidangkan bersama bahan pelengkap atau lauk kegemaran. Hepi menerai.

Resepi Mudah Bubur Nasi Berempah

Resepi Oleh: Kak Roy