Resepi Jagung Cream Cheese Lemak Berkrim Kegemaran Anak-Anak
Anak-anak ni bila sebut je mama nak masak masakan berkeju memang sekejap je hidang atas meja, terus lesap makanan tersebut.
Bahan-Bahan:
- 3-4 tongkol jagung manis dibelah 3 bahagian (Nak pakai isi jagung sahaja pun boleh)
- 1/2 cawan mentega
- 1 tin susu cair/susu segar
- 250gm keju krim (saya guna tatura)
- Susu pekat manis secukupnya
- Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Rebuskan dahulu jagung sehingga masak. Setelah itu, buang air rebusan dan masukkan susu cair. Masukkan mentega. Hidupkan api perlahan.
2. Seterusnya, masukkan keju krim yang sudah diletakkan suhu bilik. Gaul rata. Masukkan susu pekat manis. Tahap kemanisan boleh ikut citarasa masing-masing.
3. Biarkan mendidih, masukkan garam sedikit dan siap!. Bolehlah dihidang. Guna jagung manis atau jagung susu lebih sedap tau.
Nota: Hidang jagung ketika panas. Nak guna isi jagung sahaja pun boleh tau.
Guna Jagung Manis Dalam Tin Macam Pun Rasa Tetap Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq


