Resepi Nasi Ayam Cicah Air Asam Kerisik

Resepi Nasi Ayam Cicah Air Asam Kerisik

Nasi daging cicah dengan air asam kerisik memang dah ramai yang biasa makan. Hari ni saya nak share resepi nasi ayam cicah air asam kerisik yang simple tapi sedap untuk sesiapa yang nak mencuba. Kanak-kanak lebih suka makan ayam daripada daging. Jadi terhasillah menu ni.

Bahan A:

  • 5 pot beras basmati (direndam 30 minit, basuh dan toskan)
  • 1 ekor ayam daging (direbus empuk, simpan air rebusan)
  • 4 sudu makan serbuk rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 Sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • Garam secukupnya
  • 1 Kiub Pati ayam
  • Kentang dan tomato (jika suka)

Bahan B:

  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar) 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bahan B sampai naik bau. Perlahankan api, masukkan rempah kari. Tumis sampai pecah minyak dan berbau harum. Masukkan susu, air 7 pot, dan Kiub Pati ayam. Biar mendidih dan perasakan dengan garam.

2. Masukkan ayam. Masak hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan kentang di susuli dengan tomato. Biar seketika. Masukkan beras. Masak nasi seperti biasa.

Resepi Nasi Ayam cicah Air Asam Kerisik

Bahan Air Asam Kerisik:

  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 1/2 inci belacan
  • Cili Merah dan cili padi kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat: Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. Selamat mencuba.

Boleh Cuba Makan Dengan Sambal Minang Ni, Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resepi Nasi Ayam cicah Air Asam Kerisik

Resepi Oleh: Nur Masri