Resepi Dessert Creampuff Kastad Inti Durian Creamy

Resepi Dessert Creampuff Kastad Inti Durian Creamy

Tengah musim durian kann, memang tak terlepas laa buat dessert guna raja buah ni. Biasanya buat inti kastad creamy biasa tu je tapi yang ni lagi heaven dan nikmat rasa die. Durian campur dengan kastad, campur pulak dengan fresh cream. Pergghh tak terkata sedappnya, sekelip mata je licin.

Bahan Inti Kastad Durian Creamy:

  • 1 1/2 cawan isi durian yang telah dilenyek
  • 1 cawan non dairy whipping cream Vivo
  • 1 cawan susu full krim atau fresh milk
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • Pewarna kuning

Bahan Puff:

  • 1 cawan air
  • 100 gm butter
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur A

Cara Membuatnya:

1. Inti Kastad Durian Creamy; Buang biji durian. Kemudian, lenyek sikit isinya. Satukan susu, gula, tepung kastad dan pewarna kuning. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga berkilat dan meletop-letop.

2. Seterusnya, campur isi durian dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan dulu. Pukul non dairy whipping cream hingga kental/overbeat. Campur kastad durian yang telah sejuk. Pukul hingga sebati.

3. Puff; Satukan air, butter, gula dan garam. Kacau hingga butter cair dan mendidih. Kecilkan api, masukkan tepung gandum. Kacau cepat-cepat hingga menjadi doh yang tak melekat di periuk. Tutup api.

4. Biarkan doh suam sikit dalam 5 minit. Campur telur dan kacau hingga menjadi doh yang agak lembut. Masukkan doh ke dalam piping bag yang dipasang nozel.

5. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Picit menjadi bentuk bulat. Boleh jugak picit macam bentuk creampuff biasa tu tapi saya nak buat kelainan. Saya dapat 24 biji creampuff, bergantung pada saiz yang dibuat jugak.

6. Sembur permukaan creampuff dengan air, tapi saya tak sembur. Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 190c selama 15 minit, set api atas dan bawah. Bakar pada suhu 190c selama 25-30 minit, api atas dan bawah serta pasang kipas.

7. Setelah siap bakar, sejukkan dan potong dua. Picit inti kastad durian dan kapit dua. Sprinkle dengan gula aising atau snow powder. Sedia untuk dinikmati.

Guna Nozzle Bentuk Macam Ni Untuk Buat Creampuff >> KLIK DI SINI

Resepi Dessert Creampuff Kastad Inti Durian Creamy

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah