
Resepi Ikan Siakap Spicy Spicy Sweet
Ikan siakap nie memang Kak Ya suka masak sambal je. Lebih sedap dan rase nye manis manis pedas gitu.
Nie memang pebret kak ya dari dulu sampai sekarang. Setakat nie memang puas hati masak sendiri je.
Hahahaha terpuji diri sendiri plak. Jom tengok bahan bahan nye;
- 1 ekor ikan siakap (goreng dulu ye)
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 sudu cili kisar
- 3 biji cili padi – pecahkan je( nak pedas tambah je)
- 2 helai daun limau
- 4 sudu cili sos (boleh tambah kalau nak)
- 1/2 inchi halia
- 1/3 batang kayu manis Ceylon
- 1 biji bunga lawang
Bahan simple je nie tapi rasenye memang paduuu tau. Jom kita mula masak.
1. Memula tu panaskan minyak dulu ye. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis Ceylon dan juga bunga lawang. Tumis bahan-bahan tu hingga wangi. Lepas tu masukkan terus cili kisar. Masak sampai pecah minyak.
2. Guna api sederhana je untuk elakkan sambal tak masak. Dah pecah minyak masukkan sos cili dengan cili padi. Kacau rata. Masukkan ikan siakap, kacau bagi sebati dengan sambal. Biar sekejap dalam 30 saat macam tu.
3. Masukkan sedikit air, Kak Ya masuk lebih sikit tapi tak cair. Masukkan juga sikit garam. Garam nie fungsinye naikkan rase dan bau masakan. Siap semua, terus tutup api dan hidang bersama nasi panas. Sayur jangan lupa tau.
Resepi Oleh: Leha Yusuf