Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

Alang-alang buat doh, buatlah lebih supaya boleh buat roti gaya berbeza. Saya buat doh untuk roti cream cheese bawang putih. Sebelum saya bancuh doh, anak nombor satu jenguk ke dapur,

“Mama nak buat cheese sticks yang letak cheese dan gula ya? Sedapnya!” yakin sungguh dia
“Taklah, mama nak buat cream cheese garlic bread,” jawab saya.

“Oh,” sedikit kecewa.

“Yang tu pun sedap juga,” nak sedapkan hati sendiri agaknya.

Alhamdulillah doh saya buat dua adunan. Jadi hanya separuh dibuat roti cream cheese bawang putih yang popular dan separuh lagi saya buat cheese sticks.

Tapi yang ini ringkas kerana saya masak terus dalam satu loyang dan dekat-dekat. Pemisahan hanya pada cara meletakkan doh sebelum bakar.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan susu suam
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu teh yis segera (Mauripan)
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung atau sehingga cukup untuk membentuk doh
  • 2 sudu makan mentega/marjerin yang sudah lembut untuk diuli ke dalam doh yang telah siap.

Cara Membuat:

1. Uli semua bahan kecuali mentega sehingga membentuk doh. Tambah mentega/marjerin dan Uli sehingga doh terbentuk bola semula. Tutup dengan kain lembap dan ketepikan sehingga doh naik sekali ganda. Doh yang cukup rehat, naik sekali ganda dan harum baunya.

Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

2. Alihkan doh ke permukaan rata yang ditabur tepung. Bahagi doh kepada empat bahagian, setiap bahagian bahagi pula kepada dua. Ambil doh dan cucuk-cucuk dengan jari sambil ditarik-tarik supaya memanjang.

Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

3. Susun dalam loyang dan potong-potong lagi dengan spatula plastik. Kemudian, tabur gula pasir. Susun jalinan cheese cheddar atau tabur cheese kegemaran anda. Cheddar atau mozzarella biasanya padan dengan gula. Parmesan kurang sesuai. Rehatkan sekejap dalam 30 minit.

Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

4. Bakar dalam oven pada suhu 180C/350F selama 25 – 30 minit atau sehingga garing di permukaan dan bunyi lompong jika diketuk. Keluarkan dari oven. Biar sekejap supaya sejuk sedikit (~5 minit) sebelum dialihkan ke rak keranjang (wire rack) agar tidak berpeluh.

Resepi Roti Manis Cream Cheese Sticks Lazat

Resepi Oleh: Siti Hazneza Abdul Hamid