Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Selar Papan Masak Sambal Pedas

resepi-ikan-selar-papan-masak-sambal-pedas

Resepi Ikan Selar Papan Masak Sambal Pedas

Dari orang kampung kepada yang membacanya.

Ben nak kongsi tips dan resepi buat ikan pedas untuk yang belum tahu. Baru sedap macam orang tua kita masak.

1. Kena pastikan minyak untuk menumis banyak sikit. Takpe boleh keluarkan nanti bila dah siap. Tumis asing bawang kisar + halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.

2. Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali. Tapi bila dah siap,terus keluarkan asam keping tu. Elak rasa masam berlebihan.

3. Paling penting sambal kena masak elok dan guna api kecil. Kalau tak rasa cili kering,rasa payau. Tak sedap.

4. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih/garam/kunyit serbuk sikit.

5. Dah masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula jika masih tak cukup. Tak perlu sos semua dan boleh masukkan hirisan bawang Holland sikit.

Resepi Ikan Selar Papan Masak Sambal atau Goreng Pedas:

1. 1 ekor ikan selar papan digoreng ikut cara di atas.

2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.

3. Dah pecah minyak 2,3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.

4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkn lebihan minyak, asam keping pada masa ini dan perasakan sikit dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan dah masin.

5. Barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.

Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertib dia.

Resepi Ikan Selar Papan Masak Sambal Pedas

Resepi Oleh: Ben Safwan