Kuih Muih

Resepi Bingka Pisang atau Kuih Bakar Pisang

resepi-bingka-pisang-atau-kuih-bakar-pisang

Resepi Bingka Pisang atau Kuih Bakar Pisang

Bahan-Bahan:

  • 2 Cawan Pisang dilenyek (Suka hati nak guna pisang apa)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu Minyak
  • 1 Cawan Santan Kara
  • Secubit garam
  • ½ cawan gula (ikut lah kalau nk manis tambah)
  • ½ cawan susu cair/ susu segar
  • 1 Sdb Mentega/planta
  • Bijan sebagai hiasan

Cara-cara:

1. Saya blend semua sampai gebu kemudian panaskan acuan dan gris acuan dengan mentega kemudian masukkan adunan tadi dan tabur bijan secukupnya.

2. Panaskan oven dengan suhu 200c selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan dulu baru potong ye supaya bila potong kuih nampak cantik.

Nota:

1. Kalau guna acuan kemboja tu gris minyak pada acuan tu dan panaskan atas api selama 5-6 minit baru tuang adunan tadi dan masukan ke dalam oven, tujuan bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

2. Dan tak perlu guna banyak telur, guna sebiji pun cukup, tak nak letak telur pun takpe, tetap sedap dan kenyal. Saya dah cuba buat tanpa telur dan letak telur, takde beza.

Resepi Bingka Pisang atau Kuih Bakar Pisang

Resepi Oleh: Iszzuzavier