Pastry

Resepi Creampuff Gebu Inti Aiskrim

resepi-creampuff-gebu-inti-aiskrim

Resepi Creampuff Gebu Inti Aiskrim

Genaplah 1 tahun 4 bulan niaga creampuff aiskrim. Nak share resepi sepak terajang buat creampuff dan creamhorn dari Sept 2018 hinggalah ke penghujung tahun 2019 ni. Yang sakit yang perit simpan kemas-kemas buat kenangan.

Cara Buat Creampuff

Bahan-Bahan:

  • 300gm air
  • 100 gm majerin
  • 150 gm tepung gandum
  • 5 bj telur C

Cara Buat:

1. Didihkan air dan majerin. Bila dah gelegak perlahankan api, masukkan tepung dan kacau hingga jadi bentuk bebola serta tak melekat pada periuk/kuali.

2. Tutup api dan biarkan sejuk dalam setengah jam. Masukkan telur dan putar guna mixer sampai berkilat. Adunan tak terlalu cair atau tak terlalu kental.

3. Paipkan atas dulang yang telah digriskan. Bakar suhu 200-230c ikut cekadak oven masing-masing selama 25 minit atau buih-buih pada creampuff tak lagi kelihatan (TEKNIK NI PENTING SUPAYA CREAMPUFF TAK KEMPIS SETELAH DIKELUARKAN DARI OVEN).

Cara Buat Inti Aiskrim (saya panggil aiskrim sebab rasa macam aiskrim inti tu)

Bahan-Bahan:

  • 400 gm susu full krim
  • 100 gm gula
  • 50 gm tepung kastad
  • 2 bj telur C
  • 300 gm non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak

Cara Buat:

1. Didihkan susu atas api sederhana kuat. Dalam bekas lain, satukan tepung dan gula. Gaul rata guna whisk. Masukkan telur dan gaul sebati.

2. Ambil 5 senduk susu yang sedang didihkan atas api, masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Gaul rata.

3. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur, tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. PART NI PALING TRICKY, tak boleh tinggal kena kacau sentiasa untuk elak kastad jadi hangus dan berketul-ketul. Dah siap tutup api.

4. Terus ambil plastik wrap dan letakkan atas permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa. BUKAN SEJUK BEKU. Sejukkan semalaman.

5. Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer untuk haluskan kastad. Kemudian campurkan bersama whipping krim yang telah dipukul SEDERHANA KENTAL.

6. Mix-kan kastad dan non dairy whipping krim hingga BETUL-BETUL KENTAL (STIFF PEAK) dan masukkan ke dalam piping bag. Simpan dalam peti sejuk 2,3 jam dan siap untuk digunakan. Isikan ke dalam kulit creampuff dan taburkan dusting sugar. Siap! Resepi Creampuff Gebu dengan Inti Aiskrim yang lazat.

Resepi Creampuff Gebu Inti Aiskrim

Resepi Oleh: Afina Esa