Roti Puri Tanpa Yis Makan Dengan Kari Ayam
Hanya 4 bahan hasil Kembung Berongga. Rangup ketika panas dan lembut setelah sejuk dua-dua rasa sedap! Lemak-lemak ringan. Cicah Bersama Gulai Kari Ayam padu.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan Tepung Gandum Era
- 2 sudu besar tepung Suji/Semolina
- 1 sudu besar Gula Perang Better Brown
- 1/2 sudu kecil garam
- Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam bekas kecuali air. Kacau rata dan tuang air sedikit-sedikit sambil uli hingga sebati, lembut dan adunan doh tak melekat ditangan.
2. Bulatkan doh ikut saiz disukai. Golek doh beberapa kali dalam tepung Suji dan canai bagi leper. Goreng roti hingga keperangan siap.
Tips: Supaya ROTI PURI kembung berongga adalah perlu minyak yang banyak ketika menggoreng dan siram-siram minyak atas roti hingga roti menggembung.
Bahan Gulai Kari Ayam:
- 1/2 Ekor Ayam potong kecil
- 1/2 cawan santan jika suka berlemak lebihkan
- 2 -3 sudu besar rempah gulai
- 4 sudu besar penuh cili kisar/ciliboh atau ikut pedas disukai
- 2 biji ubi kentang dipotong kecil
- 1 keping asam keping
- Gula Perang Better Brown dan Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
- 5 biji Bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas Bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
Cara Memasak:
1. Tumis cili boh hingga terbit minyak, masukkan bahan kisar menggunakan api perlahan dan tumis lagi hingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elak hangus.
2. Api sedang; Setelah bahan tumis pecah minyak bolehlah masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air mengikut banyak kuah yang disukai.
3. Api besar; Masukkan ubi kentang kacau sebati. Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
4. Api perlahan; Reneh gulai hingga terbit minyak, dan semua masak. Siap dan sedia dihidang dengan roti puri.
Makan Roti Puri Dengan Daging Dendeng Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Aisyah Humaira


