Resepi Spaghetti Bolognese Goreng Sesuai Buat Bekal
Alhamdulillah rezeki pagi ni. Selamat bersarapan semua. Spaghetti Bolognese versi goreng, tanpa kuah senang untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah.
Bahan-Bahan:
- 1 paket spaghetti
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 1 paket daging cincang
- 1 botol sos pasta traditional (prego)
- 1 tin cendawan (potong nipis)
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- Sedikit blackpapper
- Sedikit Italian herbs
- Sedikit oregano
- 1 kiub pati daging
- Garam
- Gula jika suka
Cara Memasak:
1. Panaskan air, masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. Kemudian, masukkan daging kisar kacau hingga masak dan air kering.
3. Seterusnyua, masukkan sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air rebusan spaghetti. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, serta cendawan dan tunggu sehingga sos menggelegak.
4. Letak sedikit Italian herbs, oregano, black pepper dan garam. Kacau hingga kering dan naik minyak. Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi, kacau sebati.
5. Tutup api dan taburkan oregano ke atas spaghetti goreng sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.
Guna Italian Herbs Macam Ni Baru Betul-Betul Ada Rasa >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nur Masri


