Daging, Kari

Resepi Gulai Kambing Shoulder Chop Tanpa Santan

resepi-gulai-kambing-shoulder-chop-tanpa-santan

Resepi Gulai Kambing Shoulder Chop Tanpa Santan

Gulai kambing makan dengan nasi memang sedap sangat. Kalau dipanaskan 2 3 Hari, lagi keluar rasa manis-manis daging kambing tu. Menyicah pula dengan roti di petang hari sedap dan nikmat sangat. Tambahan, digabungkan pula dengan nasi minyak, nasi biryani atau nasi arab.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging kambing
  • 7 sudu serbuk Kari daging (dibancuh sedikit air agar menjadi paste)
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga cengkih
  • 3 Biji Bunga lawang
  • 2 batang daun kari
  • 1 batang serai dikatok
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 Biji ubi kentang (dibelah)
  • 1 biji tomato (dipotong biji)
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub ayam
  • Gula melaka 3 sudu besar
  • Garam (agak-agak)
  • Air 500-600ml
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar:

  • [email protected] biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • Serai 1 batang
  • Lengkuas 2 cm
  • Kunyit 2 cm

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai, daun kari dan 4 sekawan, msak sehingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sebentar dan masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.

2. Seterusnya, masukkan bancuhan serbuk kari, gaul rata dan masak sehingga pecah minyak (perlahankan api biar rempahnya masak dengan sempurna dan betul-betul masak).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Briani Kari Kambing Adabi

3. Apabila Sudah pecah minyak, masukkan tomato dan tomato puree, masak sebentar selama 10 minit. Masukkan daging kambing dan Gaul rata. Masakkan Tanpa air sekitar 20 minit (API SEDERHANA).

4. Masukkan gula melaka, kiub ayam dan kerisik, masak seketika. Kemudian, masukkan air sebanyak 500-600 ml. Gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga dagingnya empuk.

5. Apabila sudah sedikit kering, masukkan susu pekat, lobak merah, dan garam (jika perlu). Gaul seketika, tutup api dan bolehlah dihidangkan gulai kambing dengan nasi kegemaran anda..

Resepi Gulai Kambing Shoulder Chop Tanpa Santan

Resepi Oleh: Nurul Ateekah