Daging

Resepi Kambing Masak Kashmir Chef Sabri

resepi-kambing-masak-kashmir-chef-sabri

Resepi Kambing Masak Kashmir Chef Sabri

Resepi asal Chef Sabri, saya ubah suai sukatan sahaja yang saya masak selalu lah.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kilo kambing
  • 4 ulas bawang putih – hiris halus nak senang ketuk aje
  • 6 uals bawang merah – hiris halus nak senang ketuk aje
  • 1 in halia – hiris halus nak senang ketuk aje (agak-agak lah bawang dan halia tuh banyak mana iyer, tu sukatan saya)
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 helai daun bay
  • 1 helai daun pandan
  • daun kari
  • 1 biji buah tomato masak — cincang halus
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • lada hijau/lada merah/cili padi – dipatah patahkan, nak pedas bubuh banyak
  • ubi kentang potong 4
  • 1 kiub stok ayam
  • garam/gula
  • Minyak zaiton (lebih banyak dari minyak sapi iyer) + minyak sapi untuk menumis

Bahan Pes:

  • 1 bungkus serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

+ Semua serbuk ni dijadikan pes

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak sapi + zaiton. Masukkan rempah sekawan. Naik bau masukkan bawang dan halia dan daun kari, daun bay dan daun pandan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Begedil Daging

2. Bila naik bau, masukkan kambing. Biarkan kambing bertukar kaler, masukkan pes serbuk tadi dan buah tomato cincang. Kacau rata.

3. Dah sebati dan nampak tomato layu masukkan air. Nak banyak mana bergantung la, ia akan jadi kuah. Masukkan sos tomato, sos cili dan stok ayam. Kacau rata. Rasalah masin manisnya.

4. Reneh sehingga kambing hampir masak dan bubuh lah ubi kentang/lada hijau/lada merah/cili padi. Bila Kambing dah lembut, ubi kentang pun dah masak, buleh tutup api.

Resepi Kambing Masak Kashmir Chef Sabri

Resepi Oleh: MrsNor Wahid