Sarapan, snek, Snek

Resepi Grilled Cheese Sandwich Inti Ayam Daging

resepi-grilled-cheese-sandwich-inti-ayam-daging

Resepi Grilled Cheese Sandwich Inti Ayam Daging

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Waktu petang-petang panas macam ni, seronok kan kalau dapat buat sandwich, boleh makan panas-panas sambil hirup teh O kosong. Jom cuba resipi dibawah ni.

Bahan-Bahan: Inti sandwich, untuk ditumis

  • Ayam cincang 200g (brand ramly)
  • Daging cincang 200g (brand ramly)
  • Bawang besar saiz sederhana dicincang halus
  • Bawang putih 2 ulas (diketuk)
  • Halia 2 inci (diketuk)
  • Lengkuas 2 inci (diketuk)
  • Serai 1 tangkai (diketuk)
  • Garam bukit 1/2 sudu camca teh
  • Serbuk perasa 1/2 sudu camca teh
  • Serbuk ketumbar & jintan halus 1 sudu (dikisar)
  • Serbuk lada hitam 1 sudu
  • Kalau suka pedas, boleh tambah sikit cili api tumbuk

Bahan-Bahan: Sandwich

  • Roti massimo wheat germ (packaging hijau)
  • Mentega 150g
  • Keju cheddar 150g
  • Keju mozarella 200g
  • Timun jepun separuh buah (dipotong nipis)
  • Tomato 1 biji (dipotong nipis)
  • Italian seasoning (parsley, basil, oregano, rosemary)

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masukkan 1 sudu mentega, kacau sampai jadi minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai. Kacau sampai naik bau.

2. Masukkan daging atau ayam cincang, kacau biar sebati. Selepas tu, tabur garam, serbuk perasa, serbuk ketumbar/jintan halus, lada hitam, dan kacau. Tekan-tekan sikit guna hujung sudip, untuk elak daging jadi ketul-ketul besar.

3. Bila dah naik bau dan daging masak lembut, boleh angkat. Masukkan ke dalam peti ais bahagian atas selama 5 minit untuk sejukkan daging.

4. Sapu mentega di roti (sebelah sahaja). Grill guna non stick pan, gunakan api kecil, biarkan sekejap. Bila dah bertukar warna kekuningan, boleh dah angkat, letak ke dalam pinggan. Boleh grill roti yang lain.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa

5. Buat proses ni di atas pinggan sebab makan masa sikit, untuk elakkan roti hangus terbakar. Bubuh keju cheddar 1 keping di atas bahagian roti yang tak digrill – tabur inti daging – tabur italian seasoning – tomato dan timun – tabur keju mozarella (lagi banyak lagi bagus). Bahagian roti yang digrill di atas, dan tekan sikit sandwich.

6. Masukkan sandwich di atas kuali, guna api kecil, tekan sikit, grill sampai keju di dalam roti mencair. Bila nak terbalikkan, tangan kanan pegang sudip, tangan kiri pegang roti, angkat dengan hati-hati, untuk elakkan roti berterabur, naya pak karim kalau berterabur, kena buat balik semula nanti.

7. Bila dah masak, angkat, potong sandwich cantik-cantik, dan ambil gambar ikut kreativiti masing-masing. Terima kasih dan selamat mencuba.

Resepi Grilled Cheese Sandwich Inti Ayam Daging

Resepi Oleh: Aidi Az