Ayam

Resepi Mudah Ayam Cincang Masak Kicap

resepi-mudah-ayam-cincang-masak-kicap

Resepi Mudah Ayam Cincang Masak Kicap

Dari kecil lagi akak memang suka menu masak kicap. Suka sangat kalau mak buat masak kicap, bertambah-tambah nasi. Tak kiralah masak kicap ayam/daging/seafood/telur, semua sedap. Hari ini akak masak Ayam Cincang Masak Kicap cara akak. Akak tambah telur rebus, tauhu goreng dan cili padi. Serbuk Rempah Masak Kicap Ayam/Daging Mak Siti daripada Pek Kombo Mak Siti menambah kelazatan hidangan yang ringkas ini.

Bahan-Bahan:

  • 150 grm isi ayam dicincang
  • 4 bj telur rebus
  • 2 keping tauhu goreng dipotong dadu
  • 7 ulas bawang merah dimayang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 5 bj cili padi merah diketuk
  • 5 bj cili padi hijau diketuk
  • 1 peket (25 grm) Serbuk Rempah Masak Kicap Ayam/Daging Mak Siti
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu makan marjerin
  • Hirisan daun bawang

Cara Memasak:

1. Cairkan marjerin kemudian tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan Serbuk Rempah Masak Kicap Ayam/Daging Mak Siti dan tumis sekejap kemudian masukkan ayam cincang. Tumis hingga ayam berubah warna.

2. Masukkan sos tiram dan kicap-kicap. Kacau sebati. Masukkan air, telur dan cili padi. Masak hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan tambah mana yang kurang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Merah Bersantan Style Utara

3. Tutup api dan siap. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang. Cukup satu lauk ini dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman sangat nikmat.

Resepi Mudah Ayam Cincang Masak Kicap

Resepi Oleh: Eka Zahra