
Resepi Eomuk atau Korean Fish Cake
Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Di goreng dan dimakan begitu sahaja atau bersama sauce pilihan. Dicampur dalam makanan lain atau sup. Boleh frozen, di gulung besama sausage atau nauri/seaweed. Boleh dijadikan corndog atau letak potongan cheese. Boleh ditambah sayur, mushroom atau hanya kosong.
Bahan-Bahan:
- Ikan, udang, sotong – Pilih salah satu atau digabungkan semuanya. Jika mahu kelihatan putih, guna seafood yang isinya warna putih.
- Tablespoon 1:1:1:1 – 1 sb tepung kentang: 1 sb tepung gandum: 1 sb minyak sayur: 1 sb putih telur (bergantung pada kadar bahan seafood yang digunakan).
- 3 ke 6 ulas garlic dan sebiji bawang horland saiz sederhana.
- Sedikit garam, gula dan white pepper.
Cara Membuat:
1. Kesemua bahan-bahan digaul lumat dalam food processor/blender. Jika mahukan sayur seperti kucai, shiitake mushrooms dan carrot boleh di cincang halus dan gaulkan kemudian.
2. Adunan ini sangat lembut sebab memang gunakan sedikit sahaja tepung. Peralatan yang digunakan seeloknya dioles dengan sedikit minyak dan masukkan terus ke dalam minyak yang panas sebaik sahaja dibentuk.
3. Maaf saya tak dapat nak buat video semasa proses membentuk dan menggoreng, maklumlah buat sorang-sorang. Proses ni perlukan kepantasan sebab tak perlu goreng lama. Bentukkan pun guna sudip dan terus jatuhkan dalam kuali.
Resepi Oleh: Myss Deen