
Gulai Khemok atau Gulai Cair ala Terengganu
Bahan Perap:
- 1 kilo daging (abam pkai top side, kalau dapat batang pinang lagi cun) – dipotong nipis, dibersihkan & ditoskan
- 8 biji bawang merah (jadikan bawang goreng anggaran dalam 2 genggam) – Boleh jer nak pakai bawang goreng ready made tapi kurang umphhh nanti
- 2 sb susu pekat manis
- 6 sb besar sos tomato
- 3 sb rempah masak cap bunga rose
- 3 sb rempah gulai cap bunga rose
- Rempah memang abam pakai cap ni jer untuk dapatkan rasa gulai yang best. Kalau beli yang pek kecik tu, boleh letak jer 1 pek each
- Satukan semua bahan di atas, perap selama 30 minit. Lagi lama perap lagi umph.
Bahan Tumis:
- Minyak masak secukupnya
- 1/2 biji bwg besar (dihiris nipis)
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
- 3 helai daun pandan (siat & simpul)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 4 biji kentang (dibelah 4)
- Air secukupnya
- Garam & bahan perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Dalam kuali, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah diperap. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumiskan bawang dan 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Tuang bahan tumis ke dalam daging tadi. Biarkan daging sedikit empuk, baru masukkan kentang, halia dan daun pandan. Masukkan pula garam dan bahan perasa.
3. Masak sehingga kuah pekat. Adjust rasa masin, masam dan manis secukupnya, baru padu. Sedap sangat kalau makan bersama nasi minyak. Siap dan sedia dimakan.
Semoga bermanfaat & selamat mencuba guys!.
Resepi Oleh: Khairul Hasrol