
Resepi Donut Red Velvet Dengan Glaze Cream Cheese
Bahan-Bahan:
270gm tepung gandum
3 sd besar gula
2 sd besar marjerin
1 sd besar susu tepung
2 sd kecik serbuk koko
1 sd kecik pewarna merah
1/2 sd kecik kfine/bread improver
1/2 sd kecik esen vanila
1 biji kuning telur
1 1/2 sd kecik yis segera
1/2 cwn air suam
Cara Membuat Donut:
1. Satukan 1 sudu besar gula, yis dan air suam. Kacau rata dan biar kembang.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan lain dan baki gula. Gaul rata.
3. Masukkan pula air yis dan uli hingga doh lembut dan licin. Perap hingga kembang sekali ganda.
4. Tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin. Canai dan terap atau timbang 30gm, bulatkan dan buat lubang ditengahnya.
5. Biarkan sekejap dan goreng donut hingga masak. Boleh ditabur gula ising atau dengan glaze cream cheese.
Glaze Cream Cheese
Bahan & Cara Buat:
1 cwn gula aising
3 sd besar cream cheese
2 sd besar fresh milk
Sdkt esen vanila
Whisk cream cheese
Masukkan semua bahan lain dan whisk hingga sebati. Celup donut atau paip atas donut.
Resepi Oleh:.Nor Izan Mustapa