
Resepi Fresh Fruits No Bake Cheesecake
Bahan-Bahan:
Bahan Base –
125 grm butter dicairkan
200 grm biskut Marie
Bahan Cheesecake –
250 grm cream cheese (suhu bilik)
75 grm gula castor
200 ml UHT whipping cream
1 1/2 sdb halal gelatin
125 ml air suam
Cara Membuat:
1. Hancurkan biskut hingga halus, kemudian gaulkan sebati dengan butter cair. Masukkan dalam loyang springform dan tekan-tekan hingga padat. Simpan dalam freezer.
2. Masukkan halal gelatin ke dalam air suam dan biarkan larut. Mix whipping cream hingga kental, ketepikan.
3. Dalam bekas lain, mix cream cheese dan gula castor hingga berkrim. Kemudian, masukkan Whipping cream dan gaul sebati guna spatula lalu masukkan gelatin dan sebatikan.
4. Keluarkan adunan base dari freezer kemudian tuang adunan cream cheese. Simpan semula dalam freezer.
5. Keluarkan dan hiaskan dengan topping buah-buahan segar ikut selera masing-masing. Cara potong, celup pisau dalam air panas kemudian lap pisau dan potong cheesecake.
Resepi Oleh: Eka Zahra – MAHN