Kuih Muih

Resepi Pau Bakar

resepi-pau-bakar

Resepi Pau Bakar atau Tau Sa Pia Versi Sukatan Cawan

Bahan-Bahan:

Doh A (air) –

2 sdm shortening
1/4 cawan air
2 sdm gula icing
1 cawan tepung gandum

Doh B (minyak) –

1 cawan tepung gandum
4 sdm shortening
1 /2 sk garam

Inti –

2 cawan kacang dhal (rendam dan rebus sehingga kembang)
1 cawan susu pekat
1 cawan gula

Setelah kacang kembang tapis buang air selepas itu blend kasar.
Masukkan dalam periuk tambah susu pekat dan gula masak sehingga kering. Biarkan sejuk.

Cara Membuat:

1. Satukan bahan doh A dan bahan doh B secara berasingan. Gaulkan bahan A Dan Bahan B sehingga sebati. Bahagikan doh kepada bebola untuk setiap doh A dan doh B.

2. Ambil sebiji bebola doh A canaikan sehingga leper. Kemudian, letakan bebola doh B di tengah dan balutkan. Satukan dan canaikan doh yang disatukan tadi secara memanjang dan digulungkan. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

3. Setelah itu, canaikan dan letakkan inti dan dibalutkan. Ulangi langkah ini sehingga habis adunan.

4. Akhir sekali, sapukan tau sa pia tadi dengan telur kuning dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180 sehingga kekuningan.

Resepi Oleh: Nurul Fais