Kek

Resepi dan Petua Buat Kek Sarang Semut Tanpa Peram

resepi-dan-petua-buat-kek-sarang-semut-tanpa-peram

Resepi dan Petua Buat Kek Sarang Semut Tanpa Peram

Kek ini adunannya tak perlu diperam. Guna acuan saiz 8×8. Orang-orang tua semua suka makan, kalau sapa sapa ada mak, buatkan apam sarang semut nie bagi mak makan. Mesti diingati sampai bila-bila. Dikukus lebih sedap dan lebih sempurna kejadiannya malah kukus lebih mudah jadi dari membakarnya. Bakar dalam oven pun boleh kalau nak kukus pun boleh, guna resepi yang sama.

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn gula putih
  • 1 cwn air panas
  • 3 sd besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (hati-hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api dan cepat-cepat masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

  • 4 bijik telor
  • 3/4 cwn susu pekat
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sd kecil soda bikarbonat
  • 1 sd kecil esen vanila

Cara Membuat:

1. Pukul telor sampai kembang dan pekat (guna mixer). Masukkan susu pekat dan mixer lagi hingga rata. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu. Tuangkan esen vanila. Last kekali, masukkan gula hangus tadi. Di kacau dan sebatikan.

2. Ambil bekas bakar dan sapu sedikit mentega keseluruhannya. Lapik kertas ‘baking paper’ seluruh atau bahagian bawahnya sahaja. Sapukan mentega atas kertas ‘baking paper tu’ dan masukkan adunan tadi.

3. Oven atau microwave mesti dipanaskan dahulu dengan suhu 180c selama 15 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam microwave dan bakar selama 40 minit.

Nota:

  1. Kalau nak Perap adunan ini, peraplah selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik. Atau pun;
  2. Kalau nak terus dimasak pun boleh cuma sarangnya tak cantik tapi sedap. Kek yang saya buat tu, saya tak peram saya terus masak. Kejadian hasilnya tetap sedap dan cantik.
  3. Boleh dikukus dan dibakar oven atau microwave.
  4. Kukus selama 50-60 minit
  5. Bakar dalam Oven atau microwave 40 minit 180c (air gula tak perlu hangus sangat sebab kalau kek dibakar maka otomatik air gula tadi akan bertukar ke warna lebih gelap dan perang gelap. Jadi air gula jangan masak hangus sangat kalau nak bakar).

Tips:

1. Gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk untuk kacau sampai warna perang. Rasa dia akan sedap, sebab rasa gula dah hangus macam rasa coklat. Warna dia akan perang sedikit. Tapi camana pun terpulang pada anda, kalau nak warna perang koko sikit pun ok.

2. Cuma jangan hanguskan sangat air gula tu nanti sebab kalau terlalu gelap atau hitam, kek akan rasa pahit. Lagipun kalau kita ‘bakar’ ia akan lebih gelap warnanya bila dah masak nanti.

3. Perhatian; Pukul telur jangan terlalu lama sebab akan keringkan kek, pukul sekadar sedikit berbuih selama 2-3 minit saja. Masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.

4. Lagi satu tip kukus; Aluminium foil mesti digunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada diletakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu (tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya). Kalau dibakar dalam oven/microwave tak perlu di tutup Dengan aluminium atau apa apa.

5. Mesti guna MIXER/pengadun letrik tapi kalau tak ada sila guna BLENDER yang dok kisar cili atau rempah tu. Cuci elok-elok dulu kalau tidak pedas lah kek. Kalau tiada apa-apa bolehlah dipukul dengan alat pemukul tangan tu.

Petua-Petua Membuat Kek Sarang Semut:

1. Kek tidak bersarang cantik tu salah satu sebabnya masa peram bekas peraman tidak ditutup rapat. Baik guna tupperware bertudung dan lagi satu sebab sekejap buka, sekejap tutup, sekejap buka sekejap tutup. Tidak boleh!!. Sepanjang proses memeram dan mengukus anda tidak boleh sesekali membuka tudung tupperware atau tudung pengukus. Tudung pengukus mesti dibalut untuk memastikan haba terperangkap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Honey Lemon Butter Dish Wash

2. Masak air gula jangan terlalu lama nanti jadi warna hitam atau gelap. Ini akan menyebabkan kek anda akan terasa pahit sangat. Oleh itu, masak dengan api yang perlahan sekali. Sentiasa dikacau-kacau, sebab mudah hangus. Bila air gula dah nampak warna perang perang atau keperangan cepat-cepat tutup api dan masukkan air serta gula. Warna air gula juga akan menpengaruhi warna kek anda nanti!.

3. Untuk nak balut aluminium pada bekas kek, mesti jarak adunan bersesuaian iaitu pastikan bila masak ia tak membukit naik. Kalau dia naik sangat alamatnya akan terkenalah kertas aluminium itu. Maksudnya bubuh adunan jangan banyak sangatlah. Di atas aluminium tu, bila dah selesai balut kena koyakkan kertas aluminium sikit supaya masak cantik. Kalau tak guna kertas aluminium pun tak apa tapi tudung pengukus mesti kena balut dengan kain.

4. Guna mixer lebih cantik hasilnya sebab kelajuan mixer tu tak sama dengan tangan tapi kalau takde mixer boleh guna blender tapi cuci bersih-bersih tau.

5. Mesti kena guna api kuat sekali dari mula sampai masak, setiap kali mengukus. Dikeseluruhan pelengat atau loyang mesti disapu minyak sedikit supaya kek tidak melekat.

6. Lagi sekali nak ditekankan disini;

  • Tudung pengkus kena balut dengan kain kecuali jika loyangnya di balut dengan kertas aluminium.
  • Sepanjang proses mengukus, tudung periuk pengukus tidak boleh dibuka sekali kali.
  • Sepanjang proses memeram adunan, jangan sesekali buka tudung bekas adunan. kalau dibuka akibatnya kek anda tidak bersarang cantik.
  • “Api kuat “mesti dugunakan dari mula sampai selesai mengukus. Api jangan sekejap kuat sekejap perlahan. Kek bantat.
  • Selepas diperam adunan hendaklah dikacau sekejap dengan menggunakan senduk plastik atau kayu, bertujuan untuk sebatikan adunan.
  • Peram adunan dalam bekas lain (bertutup) bila dah cukup tempoh peraman, kacau dengan senduk kayu sekejap sekadar sebatikan saja. Pastu baru dipindahkan ke loyang untuk dikukus.

7. Kenapa kek sarang semut tidak bersarang?;

  • Teknik masa buat kena betul, tidak hanya terletak pada proses peraman sahaja. Kemungkinan besar anda tersilap teknik membuatnya.
  • Pastikan gula dimasak terlebih dahulu dan sejukkan.
  • Mentega dipukul dengan menggunakan senduk kayu sahaja dan jangan gunakan pengadun kek!.
  • Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Barulah dimasukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan kacau lagi.
  • Kemudian masukkan susu pekat. Sambil dikacau perlahan. Tuangkan gula hangus. Terus tuangkan ke dalam acuan dan bakar.

8. Kalau teknik buat tidak betul walau diperap 4 jam pun tetap tidak bersarang cantik juga. Tujuan memeram itu adalah untuk menyebatikan dan adunan akan lebih ummmphhh.

9. Untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah, kemudian tengok arah urat kek. Potong kek secara melintang garisan tersebut.

Resepi dan Petua Buat Kek sarang Semut Tanpa Peram

Resepi Oleh: Ida Shahida